Catatan Popular

Sabtu, 16 April 2011

AKU DAN BANDARAYA IPOH.....

Ipoh merupakan ibunegeri Perak Darul Ridzuan...sebuah bandaraya yang cantik...meriah dan harmoni...sama gak mcm Penang..Kat Ipoh ni senang nak cari tempat makan dan banyak tempat2 menarik utk di lawati...


Ini adalah Pokok Ipoh...asal usul nama bandaraya ini..monumen yang terletak di hadapan Stesen Keretapi Ipoh ini mencatatkan bagaimana Bandaraya Ipoh ini mendapat nama...kalau korang xpernah tengok atau sampai kat sini..molek benor lah kiranya jengah sekejap..hehe


Nie pulak..Nama Bandaraya Ipoh yang dibina di atas Gunung ...aku lupe dah apa ke nama gunung nie...hehe...ianya dapat dilihat dengan jelas ketika kita berada di atas Highway Plus melepasi Tol Jelapang (kalaudari arah Utara)........kalau dari arah selatan pulak...anda dapat melihat di sebelah kiri anda....


Oh...nilah dia monumen yang aku cakap tadi tu..kat blakang model baju biru nie..aku ye2 je nak ambik gambar monumen tu tetiba plak ada sorang mamat nie cakap suruh amik gambar dia skali..dia ckp dia dtg dari Grik..sedara Man Belon katanya...apa2 je la kan...hehehehe


Oh..bangunan yang tersergam indah nie pulak ialah..Setesen Keretapi Ipoh...salah satu bangunan di Bandaraya Ipoh yang masih maintain keasliannya sejak zaman penjajah...cuma di beri nafas baru dengan pelbagai ciri2 moden dan juga di tambah dengan perkhidmatan Keretapi Elektrik  (Electric Rail Lokomotive) dari KL ke IPOh...aku pernah beberapa kali menggunakan pkhidmatan ERL ke KL Sentral..ternyata memuaskan....


Nie pulak..Bangunan Perak Ridzuan atau Bangunan S.U.K...pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan juga Pejabat Menteri Besar...aku pernah masuk ke Pejabat Menteri Besar nie masa keje ngan Makro dulu..bukan ada urusan penting pun..cuma nak promote Kad Makro je..hahaha


Nie pulak..Padang Ipoh...salah satu padang yg terdapat di Bandaraya Ipoh nie selain Padang Sultan Abd Jalil dan padang Taman Dr....di sini lah kadangkala Pasukan Liga Super Perak membuat latihan petang dan juga perlawanan2 dalam Liga Ipoh di jalankan...


Pemandangan di sekeliling Padang Ipoh nie mmg cantik...aku suka lepak si
ni petang2 sambil menghirup udara segar...


sepertimana yg aku cakap tadi...mmg cantik pemandangan di sekeliling Padang Ipoh nie..(bagi yang tahu menilai erti keindahan la)...aku nie jenis xsuka pegi tempat yang ada orang ramai2..sakit otak...aku suka tempat2 yg mcm nie...leh lepak2 sambil merilekskan minda sambil mengahayati keindahan serta keagungan Allah s.w.t..




ini adalah sebahagian pemandangan yang aku dapat ambik di Padang Ipoh menggunakan Kamera Cap Ayam aku,,,hehehe


Ini pula..pemandangan di Jalan Sultan Idris...di mana di sini lah terdapatnya Pintu Gerbang Bandaraya Ipoh berdiri megah di sebelah Banngunan Sri Kinta...Kompleks Yikfong pula di sebelah Bangunan Sri Kinta...jalan nie akan sesak di waktu pagi dan petang ketika orang sibuk pergi dan pulang dari kerja.


Ni lah Bangunan Sri Kinta...antara bangunan2 tinggi yang terdapat di Bandaraya Ipoh nie...aku pun xpernah naik Bangunan nie...bukan ada apa pun..cuma pejabat2 Audit,Jabatan Alam Sekitar dll....


Nie pulak..tempat keje mem aku..bini aku daa....TM Point...kalo time cuti..aku le ambik kontrak nganto die gi koje n ngambik die tiap2 pagi n petang...sambil2 nunggu mem aku balik nie..sempat gak amik gambo...heheheh


Depan Bangunan Sri Kinta


Jumaat, 15 April 2011

Aku Dan Penang...........

Aku dan negeri Nasi Kandaq nie mmg xdapat dipisah kan....Kalau sebut Penang..smua org tahu akan keenakan rasa nasi kandaqnya dan pelbagai jenis makanan yang sememangnya buleh didapati di mana2 saja..tu yang syoknya dok Penang tu...makan pun murah...hehe
Sejarah aku di Penang bermula pada tahun 1990...di mana aku telah melanjutkan pelajaran aku di SM Teknik Tunku Abd Rahman ...blakang Masjid Negeri Jalan Air Hitam....selama 2tahun kat sini...mmg satu pengalaman yang indah...jauh dari keluarga....
Ni lah dia skolah Teknik Penang....destinasi aku selepas SMKE Taiping...

Seterusnya ,jodoh aku dan Penang terus kekal pada tahun 1996 di mana aku telah diterima bekerja di Public Finance Bhd Nibong Tebal...tapi bukan kat Pulau la...kat seberang sana...hehe...2tahun aku kat Nibong Tebal..then pindah rumah ke Parit Buntar..mmg pengalalaman selama 2tahun tu cukup indah buat aku...

Dan pada Tahun 2008 , skali lagi aku menjadi warga Penang apabila diterima masuk sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Bukit Chombee Gelugoq...setahun aku kat situ...wpun setahun tapi banyak pengalaman2 manis aku semasa di maktab...

Terletak di atas Bukit Chombee bersebelahan dgn RECSAM...mmg Maktab I4P ni sungguh cantik kawasannya...aku suka dok sini...dekat ngan Tesco Hyper...dekat ngan Gelugoq...pendek kata..senang nak pi mana2 pasai lokasinya di tepi jalan utama..


Kat atas bukit tu lah tletaknya Bangunan Admnin....

Bangunan Asrama Blok Pinang..


Selama 1tahun di sini..pelbagai kenangan manis telah aku lalui...terasa begitu pantas masa berlalu sebelum aku bergelar seorang Guru...Cuma yang pasti..Penang tetap di hatiku...Terima kasih Penang..pastinya aku akan datang lagi nanti...hehehe

Faris Amir Rusyaidi- Buah hati abah dan mama........


Benar lah kata orang...kehadiran anak dalam kehidupan berumahtangga sememangnya merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai...Begitu lah yang dapat aku rasa kan setelah mendirikan rumah tangga...Kehadiran orang baru sememangnya ditunggu-tunggu agar dapat membahagiakan lagi ikatan suami isteri yang telah pun terjalin.

Tanggal 19 September 2009 iaitu ketika umat islam di Malaysia sedang sibuk merayakan Hari Raya Aidil fitri...lahirlah putera dalam keluarga kami pada jam 2pagi di Hospital Besar Ipoh....Pada waktu ini aku berseorangan menunggu di ruang menunggu Hosp.Ipoh sambil bertakbir raya...

Ini lah dia wajah putera aku..Faris Amir Rusyaidi ketika baru lahir...aku dan isteri telah pun bersetuju menamakan putera sulung kami ini Faris Amir Rusyaidi setelah melihat maksud nama tersebut....

Amir bermaksud: Ketua,pemerintah,pemerintah,penguasa,pemimpin,makmur
Faris bermaksud pahlawan berkuda
Rusyaidi bermaksud: Yang cerdik

Sebaik saja diazankan...Faris terus bersama mamanya di hospital..manakala aku pula balik utk menunaikan solat sunat AidilFitri di kg...Hari ni merupakan hari yang paling bahagia aku rasa..Syukur Alhamdulillah..segalanya selamat....

    







Sebaik saja diazankan...Faris terus bersama mamanya di hospital..manakala aku pula balik utk menunaikan solat sunat AidilFitri di kg...Hari nii merupakan hari yang paling bahagia aku rasa..Syukur Alhamdulillah..segalanya selamat....


Aku sempat beraya sebentar di kampung..tghari nya aku kembali ke Hopital Ipoh utk melihat anak dan isteri...faris dibenarkan pulang pada sebelah ptgnya setelah segalanya ok...






Akhirnya ,setelah bersama Faris selama 4 hari...aku dengan berat hati terpaksa pulang ke Sarawak kerana cuti ku telah habis...sebak rasanya nak meninggalkan anak yang masih merah..tapi apakan daya ..dah rezeki aku nun jauh di sana...terpaksa lah jugak dengan berat hatinya aku melangkah pergi meninggalkan anak yang masih belum mengerti apa2 dan isteri yang masih berpantang....semoga semuanya selamat lah hendaknya...Ya allah..kau berikanlah kekuatan kpd ku utk menghadapi semua ini dan Kau pelihara lah anak dan isteri ku sepanjang ketiaadaan ku di sisi mereka...AMIN

Selasa, 12 April 2011

Keindahan Bukit Fraser

Pada bulan Disember 2010 yang lalu...aku bersama isteri dan anak ku telah mengujungi Bukit Fraser buat kali kedua.Ini adalah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2.Walaupun pada awalnya kami bercadang utk ke tempat lain,namun akhirnya Bukit Fraser jugak yang menjadi destinasi pilihan kami .


maka,pada tanggal 12Disember (ahad) kami bertiga pun memulakan perjalanan selama 3jam menuju Fraser Hill melalui Jalan Ipoh-KL (jalan lama) .Ini kerana aku lebih prefer ikut jalan lama nie sebab xbanyak kereta...oleh kerana kami bertolak dari Ipoh awal pagi...lebihkurang jam 9...aku berhenti sebentar di Hentian rehat Temoh( pekan kecil selepas Kampar) utk bersarapan pagi....




faris pun..baru bangun dari tdo..biasalah dia dan mamanya...asal kereta bergerak je sure tdo...hehe
Setelah menikmati sarapan pagi ala kadar...kami pun meneruskan perjalanan ....


Faris dan mama nampak mengantuk lagi...mungkin sebab perjalanan agak lama....Kami berhenti makan di Tg Malim..sebelum meneruskan pjalanan menuju ke Bukit Fraser...


Lebih kurang jam 2ptg..kami tiba di pintu pagar masuk ke Bukit Fraser..Ianya merupakan laluan sehala yang jaraknya lebihkurang 8km menuju puncak Bukit Fraser.Olehkerana laluan sehala,maka kami perlu menunggu sehingga jam 3ptg utk giliran kami menggunakan laluan tersebut...Waktu ini digunakan utk makan,solat serta mengambil gambar selain beramah mesra dengan pengujung2 lain...
Di simpang utama laluan masuk ke Bukit Fraser..jalan ini juga boleh dilalui utk ke Kuala Lipis,Pahang. namun keadaan jalan yang agak sempit serta berbengkang bengkok di samping ketiadaan lampu jalan menyebabkannya agak merbahaya terutamanya untuk dilalui pada waktu malam.


faris mcm biasa...tegur semua org..dan ni antara pakcik2 yang berkenan dgn dia..Uncle Amri dari Tg Malim...mjur la Uncle amri ni sprting habis...apa lagi Faris pun spt biasa lah menumpang kasih dengan bapa angkat baru nya nie...Pakcik amri ni pulak fotographer...apa lagi...melaram sakan la faris..hehe
Banyak aksi2 Faris sempat dirakamkan sementara menanti pintu gate ke Bukit Fraser ni dibuka...hehe...Yang pasti..terpancar keriangan di riak wajahnya apabila dapat bersama abah dan mamanya...Kalau slalu,asyik mama je yang ada...abah jauh....


Faris memang enjoy bersama uncle2 dan untie yang baru dikenalinya hari ini...aku pulak sambil dok tggu pintu gate nie bukak..sempat gak berkenalan ngan Uncle2 baru faris nie..hehe




Tgu punya tgu akhirnya ..jam 3ptg...barulah kami dapat naik ke Bukit Fraser setelah sejam puas bergambar,,,heee


Kedinginan mula terasa apabila tiba dipuncak Bukit Fraser...Kami terus menuju ke Apartment TM yang menjadi rumah sementara kami selama kami di Bukit Fraser nie...keindahan dapat dilihat sebaik sahaja jendela tingkap apartment dibuka..Subhanallah...sebab tu aku suka datang ke mari...utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.
Setibanya kami di kawasan pekan kecil Bukit Fraser...dapat dilihat deretan kenderaan yang ada..biasalah time cuti sekolah ...


Setelah selesai check in,kami turun semula ke pekan Bukit Fraser..utk meninjau2 sambil beriadah...namun keadaan agak sesak mnyebabkan kami hanya menghabiskan masa utk bergambar....hehe




Salah satu monumen atau mercu tanda di pekan Bukit Fraser ini ialah ditengah2 roundabout ini..iaitu terdapat menara jam kecil ...cukupsimbolik..


Beginilah keadaan di tengah2 pekan kecil Bukit Fraser ini...walaupun hari semakin petang..namun masih ramai orang yang berjalan serta bersantai di sini menikmati kesejukan serta keindahan taman di atas puncak bukit ini.




setelah lebih kurang sejam di sini..kami pun bergerak naik ke apartment semula..memandangkan hari semakin gelap dan kami juga agak keletihan...


Ini lah dia TM Apartment...tempat tinggal sementara kami...ini merupakan kali ke2 kami menginap di sini...Tempatnya sungguh selesa serta harganya yang amat berpatutan..sesuai utk keluarga besar kerana apartment ini seperti sebuah banglo besar yang mempunyai banyak bilik di dalamnya..


Mama n faris berposing kat pintu pagar TM Apartment

Mama ngan faris kat depan pintu masuk TM Apartment...masa kami tgal disini...apartment ini agak penuh dengan tetamu....


Di antara pemandangan2 menarik di Bukit Fraser ini ialah pemandangan dari jendela tingkap apartment  TM ini...memang sungguh indah...Bila waktu malam pula ..kedengaran suara angin yang bertiup....cukup mendamaikan...

Aku suka lepak kat beranda di belakang bilik sbb dari situ aku dapat menikmati keindahan gunung ganang serta bukit bukau yang menghijau...terasa seolah xmau balik..kalau boleh..nak je aku menetap di Bukit Fraser ni ....


setelah penat berjalan dan bermain..inilah reaksi faris kat bilik...letih dah anak aku rupanya...hahahaha


Akhirnya setelah 2hari 2malam di Bukit Fraser...dengan segala kenanngan manis dan terindah..kami 3 beranak pun turun smula menuju ke Ipoh...pastinya kami akan datang ke sini lagi jika diizinkan Allah s.w.t...Insyaallah...

Dalam perjalanan pulang...aku sempat juga merakamkan beberapa gambar pemandangan menarik utk dikongsikan bersama:-...sama2 lah kita hayati dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t....

Aku xingat nama empangan nie...tapi sebaik sahaja turun dari Bukit Fraser..inilah pemandangan sebuah empangan yang akan anda lihat di kanan jalan anda...sungguh indah....


Setelah turun dari Bukit Fraser...kami singgah makan sebentar di Tg Malim...aku lupa apa nama kedai nie..tapi antara Restoran paling top la kat Tg Malim ni..lokasinya betul2 berhadapan dgn UPSI...tempat makan geng2 bakal cgu lah rasanya sebab dah 2kali kami ke sini..mmg penuh dgn student je nampaknya....Makanan2 kat sini mmg variety...aku pilih restoran ni sebab Nasi Campur dia ada pelbagai jenis masakan kampung dan ulam2an...Memang memenuhi citarasa...harga pun berpatutan..