pemandangan Kg Cheh yg blatarbelakangkan Gunung Bubu.. |
Assalam buat rakan2 blogger sekelian...
SignBoard KgCheh..dekat kedai siam |
Rumah tempat tinggal aku di SK Nanga Temalat,Song,Sarawak |
Anak kesayangan Abah n Mama...Faris Amir Rusyaidi Mohd Fazli |
OK lah...berbalik pada tajuk asal tadi..sebenarnya...aku ingin berkongsi keunikan kampung kelahiran aku ..Kg Cheh...terletak di dalam parlimen Bukit Gantang
Perjalanan ke Kg Cheh (kg aku) tidaklah susah...hanya sejam perjalanan jika menggunakan Lebuhraya Utara Selatan...Kadar tol hanya Rm3.50 jika keluar di susur Kuala Kangsar..biasanya inilah laluan yang aku gunakan sewaktu aku bekerja di Makro Ipog dahulu..selama 7tahun aku berulang alik dari Kg Cheh ke Ipoh menggunakan laluan ini...
Kalau korang dari KL atau mana2 ke..boleh berenti rehat kat dataran sungai Perak ni dulu sebelum susur keluar Kuala Kangsar...Boleh isi minyak kat Petronas atau nak buang air kecil ke...solat ke...makan2 dulu ke...hehe
Bila dah exit di Kuala Kangsar Plaza Tol...korang akan jumpak satu flyover...ikut arah menghala ke Taiping,iaitu kiri.....Kalau terus..nak pegi Lenggong,Jenalik,Kati,Grik,Klantan,Pkalan Hulu....Kalau kanan...ke Bandar Di raja Kuala Kangsar dan ke Ipoh ikut jalan lama Sg Siput...
Gunung Pondok |
Sebaik sahaja melepasi Kilang Simen tadi..korang akan mendaki pula Bukit Berapit di mana di sini,korang akan dapat lihat,lebuhraya Utara selatan berada selari dengan jalan yang korang lalui.....dan setelah menuruni Bukit Berapit...Ini lah kampung pertama yang korang akan tempuh...Kg Pauh....kalau musim durian,korang akan dapat lihat gerai2 menjual buah durian di kiri dan kanan jalan besar ...
ini pula ialah Masjid Kg Pauh..terletak di sebelah kanan jalan besar...masjid yang agak berusia dan menjadi tempat penduduk Kg Pauh nie menjalani ibadat harian....
Ok..bila dah sampai ke signboard Bukit Gantang nie...maknsanya dah xjauh lah nak sampai kampung aku....lepas signboard nie korang akan jumpa simpang 3 dengan lampu Isyarat.....sila belok ke kiri...hehee
Kg Bukit Cempedak |
Lebih kurang 5minit dari persimpangan Bukit gantang tadi ..korang akan sampai di jejambat ini..iaitu jejambat yang merentangi Lebuhraya Utara Selatan,,,di sini letaknya Kg Kubu....dari sini ke Kg Cheh hanya mengambil masa lebihkurang 5minit
Korang akan berjumpa Bangunan Giat Mara dan Batu Tanda ini disebelah kiri ...Rumah anak yatim di sebalah kanan dan sekolah KAFA juga disebelah kanan...di sini lah letaknya KG CHEH...Kg aku....WELCOME TO KG CHEH..hehehe
Bersambung............
Salam Paknjang. Aku rasa la kan, sepena tajuk blog ni "akuorgkampung" maka teramat sesuai kalu mu tulih crita² dalan ni guna basa kapong :)
BalasPadam