Pemandangan di waktu senja ...Sungai Rejang |
Tugas ku di SK NAnga Temalat bermula pada Jan 2009...di mana aku bsama 3lagi rakan semenanjung,Epoi,Nini dan Eita dihantar ke sini...Mmg 1st time masa nak pegi tu..mcm2 psoalan yg wujud di benak fikiran..Sebelum menaiki perahu panjang ke skolah nie..kami terlebih dulu diberi taklimat di PPD Song tntang sekolah dan serba sedikit keadaan sekolah,kemudahan2 yg ada dan sebagainya..Alhamdulillah mujur lah aku ditempatkan di sekolah pedalaman tahap 1 nie yg mpunyai line telefon,kemudahan internet dan tidak berapa jauh dari Pekan Song..hanya 20minit perjalanan menaiki bot..
Mmg sebaik sahaja turun dari Feri xpress di Pekan Song..perkara ptama yang aku buat ialah..cari kedai sbb nak beli prepaid ...sbb dalam pjalanan tadi aku tgk line maxis aku mmg xde ..so kena la aku beli Celcom prepaid pulak takut2 xleh nak berhubungan ngan isteri di smnjg nti..huhu
Rumah tempat tinggal ku di sekolah |
Memang sekolah ini agak terpencil dari segi pembangunan . Tiada jalan raya,tiada elektrik dan tiada bekalan air bersih.Namun aku masih bersyukur kerana biar pun demikian,lokasi sekolah ini yang terletak di tepi Sg Rejang,memudah kan kami guru-guru untuk keluar baik ke Pekan Song atau mahupun ke Sibu.Pada Tahun pertama aku di sini pkhidmatan bot sekolah memang beroperasi.Ini memudahkan kami utk keluar menunaikan solat jumaat setiap minggu atau jika ada sebarang kecemasan dengan bayaran hanya RM20 bagi sebuau bot.
Makmal Komputer |
Pekan Song
Ohye..lupa pulak ..tadi saya ada sebut tentang Pekan Song kan...lupa nak describe lebih detail..hehe..Sebenarnya Pekan Song ni lah satu2 nya pekan yang paling hampir dengan sekolah aku..jaraknya lebih kurang 10Km je tapi disebabkan tiada kemudahan jalan raya,maka perjalanan utk ke sini mengambil masa 15-25minit menaiki bot dari sekolah. Di Pekan Song ini lah aku dan kawan2 akan keluar setiap hari Jumaat setiap minggu untuk menunaikan solat Jmaat dan juga membeli barang2 keperluan.Bila aku mula2 sampai di Pekan Song ni dulu..aku teringat kan sebuah pekan yang lebih kurang sama keadaan mcm Pekan nie...Pekan Karai,di Kuala Kangsar...terpencil .Namun bagi aku,Pekan Song ni sudah cukup utk aku dan kwn2 .Ada mesjid,ada pasar basah,ada kedai2 runcit dan jeti...semua tu sudah memadai...hehe
Perjalanan dari sekolah ke Pekan Song
Sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum nie..bahawa satu2nya pengangkutan utk aku dan kwn2 keluar dari sekolah ialah melalui jalan sungai..Dan sungai yang dimaksudkan bukanlah calang2 sungai...Ianya adalah sungai yang terpanjang di Malaysia,Sungai Rejang.Melihat kepada arusnya dan kelebaran sungai ini sudah cukup utk mbuat kan seseorang yang xbiasa dengannya akan sedikit merasa cuak serta takut.Namun itu semua terpaksa diketepikan buat seketika waktu.Oleh sebab itu lah juga aku rasa keputusanku utk tidak membawa isteri ku tgal bsamaku di sini adalah satu keputusan yang tepat.Memang bahaya dan boleh mengancam nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan di sini.
Namun ,aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan aku rezeki di sini..meskipun jauh dari keluarga tersayang..aku tahu,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Sebagai hambaNya,kita harus menerima segala qada dan qadar yang telah ditentukanNya...
Namun ,aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan aku rezeki di sini..meskipun jauh dari keluarga tersayang..aku tahu,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Sebagai hambaNya,kita harus menerima segala qada dan qadar yang telah ditentukanNya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan