Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Aku Dan SK Nanga Temalat...

Pemandangan di waktu senja ...Sungai Rejang
Hasil kerja tangan yang xseberapa..sumbangan buat sekolah....


Dinding bangunan blok utama kelas di lihat dari hadapan... 


Astaka di tepi Padang Utama




Pintu gerbang...Landmark sekolah aku...Biasanya kalau sekolah2 di smnjg atau dibandar sana...kat depan ni kira mcm dataran la..atau tempat parking kereta ..tapi kat sini..olehsbb xde kemudahan jlnraya..so..sungai merupakan satu2 nya mod pengangutan awam terpenting....Sungai merupakan nadi bagi kehidupan di sini...

Pemandangan di tepi sekolah pada waktu senja

Pemandangan waktu snja di Temalat ni amat mengasyikkan...Tanda2 keagungan serta kebesaran Allah s.w.t...Memang aku suka pemandangan2 yg mcm nie...tenang,indah serta memberikan kita kesedaran akan pentingnya mensyukuri nikmat Ilahi...Subhanallah


Suasana yang sungguh mendamaikan


Tempat aku mengisi masa lapang -memancing


Port memancing aku..


Pintu Gerbang sekolah I






Tugas ku di SK NAnga Temalat bermula pada Jan 2009...di mana aku bsama 3lagi rakan semenanjung,Epoi,Nini dan Eita dihantar ke sini...Mmg 1st time masa nak pegi tu..mcm2 psoalan yg wujud di benak fikiran..Sebelum menaiki perahu panjang ke skolah nie..kami terlebih dulu diberi taklimat di PPD Song tntang sekolah dan serba sedikit keadaan sekolah,kemudahan2 yg ada dan sebagainya..Alhamdulillah mujur lah aku ditempatkan di sekolah pedalaman tahap 1 nie yg mpunyai line telefon,kemudahan internet dan tidak berapa jauh dari Pekan Song..hanya 20minit perjalanan menaiki bot..


Mmg sebaik sahaja turun dari Feri xpress di Pekan Song..perkara ptama yang aku buat ialah..cari kedai sbb nak beli prepaid ...sbb dalam pjalanan tadi aku tgk line maxis aku mmg xde ..so kena la aku beli Celcom prepaid pulak takut2 xleh nak berhubungan ngan isteri di smnjg nti..huhu

Setibanya di kawasan sekolah...aku rasa sangat tertarik dengan keadaan persekitarannya ..dikelilingi hutan dan bukit..tak ubah seperti berada di kampung...Memang aku seorang pencinta alam dan suka dengan keadaan yang sebegini.Dalam hati ,aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menghantar aku ke sini.Meskipun terpaksa berjauhan dengan isteri tersayang dan kaum keluarga,namun itu tidak mematahkan semangat ku sebagai seorang guru utk terus berkhidmat di pedalaman Song ini.
Rumah tempat tinggal ku di sekolah
Memang sekolah ini agak terpencil dari segi pembangunan . Tiada jalan raya,tiada elektrik dan tiada bekalan air bersih.Namun aku masih bersyukur kerana biar pun demikian,lokasi sekolah ini yang terletak di tepi Sg Rejang,memudah kan kami guru-guru untuk keluar baik ke Pekan Song atau mahupun ke Sibu.Pada Tahun pertama aku di sini pkhidmatan bot sekolah memang beroperasi.Ini memudahkan kami utk keluar menunaikan solat jumaat setiap minggu atau jika ada sebarang kecemasan dengan bayaran hanya RM20 bagi sebuau bot.
Bilik Guru


Komuniti guru dan staff di sekolah ini tidak lah begitu ramai.Hanya terdiri daripada 15orang guru dan 6orang staff sokongan. Ini menjadikan kami lebih rapat antara satu sama lain kerana kesemua kami tggal di dalam kawasan sekolah . Memang satu pengalaman yang amat menarik buat diri aku. Inilah kali pertama aku datang ke Sarawak dan akan menjadi pemastautin sementara di sini untuk jangkamasa yang tidak aku ketahui..hehe
padang bola di depan rumah

Dan yang paling aku gembira sebaik tiba di sini ialah apabila melihat padang sekolah yang agak luas..Dah tentu di sini lah tempat aku akan bermain bola nanti. Memang aku dan bola tidak dapat dipisahkan.Walaupun dah berusia 30an ,namun aku masih aktif dalam bolasepak. Baik ketika di maktab mahupun ketika aku bekerja swasta dulu.Syukurlah ,aku masih dapat meneruskan hobi nombor 1 aku tu..hehe
Makmal Komputer
Pekan Song

Ohye..lupa pulak ..tadi saya ada sebut tentang Pekan Song kan...lupa nak describe lebih detail..hehe..Sebenarnya Pekan Song ni lah satu2 nya pekan yang paling hampir dengan sekolah aku..jaraknya lebih kurang 10Km je tapi disebabkan tiada kemudahan jalan raya,maka perjalanan utk ke sini mengambil masa 15-25minit menaiki bot dari sekolah. Di Pekan Song ini lah aku dan kawan2 akan keluar setiap hari Jumaat setiap minggu untuk menunaikan solat Jmaat dan juga membeli barang2 keperluan.Bila aku mula2 sampai di Pekan Song ni dulu..aku teringat kan sebuah pekan yang lebih kurang sama keadaan mcm Pekan nie...Pekan Karai,di Kuala Kangsar...terpencil .Namun bagi aku,Pekan Song ni sudah cukup utk aku dan kwn2 .Ada mesjid,ada pasar basah,ada kedai2 runcit dan jeti...semua tu sudah memadai...hehe

Perjalanan dari sekolah ke Pekan Song

Sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum nie..bahawa satu2nya pengangkutan utk aku dan kwn2 keluar dari sekolah ialah melalui jalan sungai..Dan sungai yang dimaksudkan bukanlah calang2 sungai...Ianya adalah sungai yang terpanjang di Malaysia,Sungai Rejang.Melihat kepada arusnya dan kelebaran sungai ini sudah cukup utk mbuat kan seseorang yang xbiasa dengannya akan sedikit merasa cuak serta takut.Namun itu semua terpaksa diketepikan buat seketika waktu.Oleh sebab itu lah juga aku rasa keputusanku utk tidak membawa isteri ku tgal bsamaku di sini adalah satu keputusan yang tepat.Memang bahaya dan boleh mengancam nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan di sini.






Namun ,aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan aku rezeki di sini..meskipun jauh dari keluarga tersayang..aku tahu,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Sebagai hambaNya,kita harus menerima segala qada dan qadar yang telah ditentukanNya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan