Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Aku Dan SK Nanga Temalat...

Pemandangan di waktu senja ...Sungai Rejang
Hasil kerja tangan yang xseberapa..sumbangan buat sekolah....


Dinding bangunan blok utama kelas di lihat dari hadapan... 


Astaka di tepi Padang Utama




Pintu gerbang...Landmark sekolah aku...Biasanya kalau sekolah2 di smnjg atau dibandar sana...kat depan ni kira mcm dataran la..atau tempat parking kereta ..tapi kat sini..olehsbb xde kemudahan jlnraya..so..sungai merupakan satu2 nya mod pengangutan awam terpenting....Sungai merupakan nadi bagi kehidupan di sini...

Pemandangan di tepi sekolah pada waktu senja

Pemandangan waktu snja di Temalat ni amat mengasyikkan...Tanda2 keagungan serta kebesaran Allah s.w.t...Memang aku suka pemandangan2 yg mcm nie...tenang,indah serta memberikan kita kesedaran akan pentingnya mensyukuri nikmat Ilahi...Subhanallah


Suasana yang sungguh mendamaikan


Tempat aku mengisi masa lapang -memancing


Port memancing aku..


Pintu Gerbang sekolah I






Tugas ku di SK NAnga Temalat bermula pada Jan 2009...di mana aku bsama 3lagi rakan semenanjung,Epoi,Nini dan Eita dihantar ke sini...Mmg 1st time masa nak pegi tu..mcm2 psoalan yg wujud di benak fikiran..Sebelum menaiki perahu panjang ke skolah nie..kami terlebih dulu diberi taklimat di PPD Song tntang sekolah dan serba sedikit keadaan sekolah,kemudahan2 yg ada dan sebagainya..Alhamdulillah mujur lah aku ditempatkan di sekolah pedalaman tahap 1 nie yg mpunyai line telefon,kemudahan internet dan tidak berapa jauh dari Pekan Song..hanya 20minit perjalanan menaiki bot..


Mmg sebaik sahaja turun dari Feri xpress di Pekan Song..perkara ptama yang aku buat ialah..cari kedai sbb nak beli prepaid ...sbb dalam pjalanan tadi aku tgk line maxis aku mmg xde ..so kena la aku beli Celcom prepaid pulak takut2 xleh nak berhubungan ngan isteri di smnjg nti..huhu

Setibanya di kawasan sekolah...aku rasa sangat tertarik dengan keadaan persekitarannya ..dikelilingi hutan dan bukit..tak ubah seperti berada di kampung...Memang aku seorang pencinta alam dan suka dengan keadaan yang sebegini.Dalam hati ,aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menghantar aku ke sini.Meskipun terpaksa berjauhan dengan isteri tersayang dan kaum keluarga,namun itu tidak mematahkan semangat ku sebagai seorang guru utk terus berkhidmat di pedalaman Song ini.
Rumah tempat tinggal ku di sekolah
Memang sekolah ini agak terpencil dari segi pembangunan . Tiada jalan raya,tiada elektrik dan tiada bekalan air bersih.Namun aku masih bersyukur kerana biar pun demikian,lokasi sekolah ini yang terletak di tepi Sg Rejang,memudah kan kami guru-guru untuk keluar baik ke Pekan Song atau mahupun ke Sibu.Pada Tahun pertama aku di sini pkhidmatan bot sekolah memang beroperasi.Ini memudahkan kami utk keluar menunaikan solat jumaat setiap minggu atau jika ada sebarang kecemasan dengan bayaran hanya RM20 bagi sebuau bot.
Bilik Guru


Komuniti guru dan staff di sekolah ini tidak lah begitu ramai.Hanya terdiri daripada 15orang guru dan 6orang staff sokongan. Ini menjadikan kami lebih rapat antara satu sama lain kerana kesemua kami tggal di dalam kawasan sekolah . Memang satu pengalaman yang amat menarik buat diri aku. Inilah kali pertama aku datang ke Sarawak dan akan menjadi pemastautin sementara di sini untuk jangkamasa yang tidak aku ketahui..hehe
padang bola di depan rumah

Dan yang paling aku gembira sebaik tiba di sini ialah apabila melihat padang sekolah yang agak luas..Dah tentu di sini lah tempat aku akan bermain bola nanti. Memang aku dan bola tidak dapat dipisahkan.Walaupun dah berusia 30an ,namun aku masih aktif dalam bolasepak. Baik ketika di maktab mahupun ketika aku bekerja swasta dulu.Syukurlah ,aku masih dapat meneruskan hobi nombor 1 aku tu..hehe
Makmal Komputer
Pekan Song

Ohye..lupa pulak ..tadi saya ada sebut tentang Pekan Song kan...lupa nak describe lebih detail..hehe..Sebenarnya Pekan Song ni lah satu2 nya pekan yang paling hampir dengan sekolah aku..jaraknya lebih kurang 10Km je tapi disebabkan tiada kemudahan jalan raya,maka perjalanan utk ke sini mengambil masa 15-25minit menaiki bot dari sekolah. Di Pekan Song ini lah aku dan kawan2 akan keluar setiap hari Jumaat setiap minggu untuk menunaikan solat Jmaat dan juga membeli barang2 keperluan.Bila aku mula2 sampai di Pekan Song ni dulu..aku teringat kan sebuah pekan yang lebih kurang sama keadaan mcm Pekan nie...Pekan Karai,di Kuala Kangsar...terpencil .Namun bagi aku,Pekan Song ni sudah cukup utk aku dan kwn2 .Ada mesjid,ada pasar basah,ada kedai2 runcit dan jeti...semua tu sudah memadai...hehe

Perjalanan dari sekolah ke Pekan Song

Sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum nie..bahawa satu2nya pengangkutan utk aku dan kwn2 keluar dari sekolah ialah melalui jalan sungai..Dan sungai yang dimaksudkan bukanlah calang2 sungai...Ianya adalah sungai yang terpanjang di Malaysia,Sungai Rejang.Melihat kepada arusnya dan kelebaran sungai ini sudah cukup utk mbuat kan seseorang yang xbiasa dengannya akan sedikit merasa cuak serta takut.Namun itu semua terpaksa diketepikan buat seketika waktu.Oleh sebab itu lah juga aku rasa keputusanku utk tidak membawa isteri ku tgal bsamaku di sini adalah satu keputusan yang tepat.Memang bahaya dan boleh mengancam nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan di sini.






Namun ,aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan aku rezeki di sini..meskipun jauh dari keluarga tersayang..aku tahu,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Sebagai hambaNya,kita harus menerima segala qada dan qadar yang telah ditentukanNya...

Ahad, 6 Mac 2011

JOM JALAN2 KE KG CHEH...


Pokok durian tepi kolam ikan aku...isi dia..perghhh..sedap gila.

.Buah2 dari pokok ni mmg Gred A....


Bagi yang pernah ke Kg Cheh...pasti tidak akan lupakan keenakan dan kelazatan Durian Kg Cheh...Itulah salah satu produk yang telah menaikkan nama kampung ini sejak sekian lama...Mungkin disebabkan durian-durian di sini ditanam di kawasan tanah berbukit yang menyebabkan kualiti buah nya juga tinggi. Baru2 ini aku telah pulang ke kampung dan sempat meninjau pokok2 durian di keliling rumah aku...Nampaknya tak lama lagi Musim Durian akan tiba...mungkin diantara bulan April -May 2011..memandangkan keadaan fizikal buah yang sebesar tapak tangan...
buah durian muda yang gugur..

Ok lah..lupakan ttg durian seketika..nanti kalau dah musim gugur nanti kita jumpa di Kg Cheh lagi..hehe..Jom kita jalan2 keliling kampung ni dan lihat rumah2 kat kg ni.Aku memulakan pjalanan aku dari Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah...Majoriti Penduduk2 Kg Cheh dan juga kampung2 sekitarnya seperti Kg Berchat,Kg Banggol Rendang,Banggol Nering,Bukit Cempedak,Bukit Geligis dan lain-lain bersekolah di sini.Arwah abah aku juga dahulunya bekerja di sini sehingga pencen.Memang sekolah ini terlalu banyak jasa dan kisah pahit manis nya buat penduduk2 kg ini.Pada ketika gambar ini diambil,kerja2 membina 2blok bangunan baru sekolah ini sedang giat dijalankan,kini bangunan baru tersebut telah pun tersergam indah.Cuma aku masih belum berkesempatan utk mngambil gambarnya

Pintu pagar SKSA.


Seterusnya,jom kita menghala ke hilir kampung...selepas sekolah ini letaknya Masjid Jamek Kg Cheh,masjid yang telah lama dibina ini menjadi tempat org2 kampung menunaikan solat jumaat dan juga aktiviti2 keagaaman..Sewaktu aku dikampung,aku juga pernah mnjadi bilal di masjid ini.Cuma kini setelah berhijrah ke Sarawak,aku jarang mendapat peluang lagi berjemaah di sini kecuali musim cuti sekolah dan Hari Raya saja
                                                                               Masjid Jamek KgCheh


                                                                                 Rumah Arwah Abg Chop

Ok ,rumah pertama yg aku singgah dlm siri jalan2 kg cheh nie ialah..umah Arwah Abg Chop@Yusof ..masa aku ambil gambar nie..arwah masih hidup..tapi xda dirumah kot..yg ada hanya lah isteri nya yg aku panggil Kak Mek ..Anak2 arwah smua dah besar2 n tgal berasingan sbb masing2 dah berkeluarga.

                                                                               Rumah Abang Bidin

Nie pulak...sebelah rumah Arwah Abg Chop tadi,rumah sepupu aku..Abg Bidin...rumah nie mmg banyak nostalgia bagi aku.Sebab dulu masa arwah Tok meninggal,kat sini lah jenzah tok dimandikan dan dikafankan..sebab masa tu keadaan rumah tok agak usang.La ni rumah tu dah xdak lagi...Then,masa aku kecik2 dulu ,slalu mari sini time musim manggis,sebab masa tu aku lah cucu lelaki yang besar pun..yang lain2 masih kecil2 lagi.Bila musim manggis,dapat la duit poket sikit dari hasil jualan buah2 manggis ni...Seingat aku ada 4pokok manggis tua di kawasan nie dan kesemuanya masih kekal sampai la nie.Tapi la nie,anak abg Bidin la yang kongker sebab dia cucu yang paling dekat...Aku dah lama dah pencen bab2 panjant manggis nie..hehehe

Rumah Arwah Abg Mat Ali Pngah Bidin

Dari rumah abg Bidin,kini menyuri jalan kecik yang dahulunya hanya jalan Tanah merah tapi kini dah bertar ..Ini pulak rumah Arwah Abg Mat Al...sebelum terbinanya rumah nie...dahulunya di tapak tanah ini ialah rumah Arwah TokWa dan juga Rumah Arwah Pakngah Bidin....Namun setelah kematian tok wa..arwah mat ali balik dok di kampung bsama Isetri dan anak2 nya...Isterinya Kak Chah,org Johor seorang yang amat rajin dan peramah..disenangi oleh penduduk kg...diorg masa tu mengusahakan perniagaan Tempeyek...dan tempeyek Kak Chah mmg top pada satu masa sehinggakan beliau dapat membina rumah baru ini..namun cerita selepasnya aku xbrapa ingat kerana aku berhijrah lagi..dan aku hanya mendengar berita kematian Arwah Abg Mat Ali ..selepas kematiannya ..KakChah tidak lagi tinggal disini..sebab tu rumah ini terbiar mcm tu saja...huhuhu


Rumah PakChu Junus

Ini pula,rumah PakChu Junus..antara golongan orang lama yang masih hidup ketika ni.Pada masa gambar ini diambil,arwah Makchu masih hidup.Seminggu selepas gambar ini diambil Makchu meninggal dunia.Alfatihah utknya dan semoga drohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.Pakchu seorang yang berpengaruh dikampung cheh.Beliau mengusahakan kedai runcit didepan rumahnya.Pada masa aku kanak2..disini lah tempat aku dan kawan2 membeli jajan2 dan sebagainya.Anak Pakchu,Zainal@Curut merupakan rakan karib ku sewaktu kecil.Aku juga agak rapat dengan keluarga ini.Setiap hari raya,pasti aku akan datang beraya di sini bersama kawan-kawan

RumahArwah Maklang Ti

Ini pula..rumah mak sudara aku..arwah maklang tie...arwah berkahwin dengan arwah bapa saudara ku Che Kassim dan berpindah ke sini.Dulu2 rumah diorg ,depan umah Pngah Bidin..aku masih ingat lagi rumah tu..ada pokok asam jawa besar tempat kami sering mengutip buah2 asam jawa yang gugur.Arwah MAkLang meninggal pada tahun 2010..kini rumah ini didiami oleh anak perempuannya KAkRohaya bersama keluarganya

Rumah MakNgah Minah

Ini pulak..rumah arwah PakNgah Awang Hj Mat Ali...abang kepada chuMAn..arwah telah lama meninggal,dan kini rumah ini hanya didiami oleh makngah Minah dan anaknya yang sebaya aku..MAil..Pada masa dahulu..arwah Pakngah Awang dan Makngah mengusahakan kedai makan di teoi sungai depan kedai Arwah Plong Talib..aku masih ingat ketika itu perniagaan Pakngah n Makngah maju skali..menu utama kat kedai tu ialah..MeeRebus...masa tu kalau cakap MeeRebus Pngah Awang..smua pun tau..hehe..harga masa tu baru Rm1.00 sepinggan...murah kan...Tapi kedai makan diorang nie biasanya laris time musim durian la slalunya..sebab time tu mmg org akan pegi makan punye sebab duit banyak...lagipun itu lah satu2 nya kedai makan yang ada di kampung pada waktu tu..

Rumah Abg Lee n Kak Gayah

Nie pulak,rumah Abg Lee n KakGayah...KakGayah adalah kawan mak..manakala abg lee pulak..seorang tukang rumah dan jugak tukang masak jika ada kenduri kendara di kampung...Kedua2 mereka amat disenangi di kampung nie disebabkan kerajinan mereka disamping sikap mereka yang peramah dan suka menolong..

Rumah Arwah PakSu Mat Isa

..i pulak..rumah peninggalan Arwah PakSu mat Isa...aku xbanyak ingat sangat ttg arwah..sebab aku xberkesempatan bjmpa arwah semasa hidup..tapi anak2 arwah lah yang menetap disini .Sekarang,,rumah ini didiami oleh PakSu Ganu(menantu) bersama keluarganya

Rumah Jue

Nie pulak..rumah Jue anak arwah PakNgah Hussin Pakda Omar..Jue nie kawan kakak aku..Tak banyak aku tahu pasal dia..sebab lama xjumpa dia..kalau jumpa pun sekali sekala time cuti jer..hee

Empang@Pang Kg Cheh

Ok..struktur binaan di atas ini ialah empang atau dikenali sebagai Pang Sg Cheh..Memang banyak kisah disebalik empang nie..Tapi cukup lah aku critakan sebahagian daripadanya saja...Dulu masa aku kecik2..disinilah tempat kami mandi manda dan bermain disini petang2...Ini kerana disini airnya agak dalam ketika empang ditutup dan kawasannya agak luas ..Tapi rasanya skg,dah xada lagi budak2 mandi disini...kawasan nie pun dah dinaiki semak samun sebab xda orang jaga...Dahulu Empang nie dijaga oleh sepupu aku..Arwah Abg Udoh...

Rumah Awang PakNgah Hussin

Ok..ni pulak rumah sebelah rumah Jue tadi...Rumah abg dia ..Awang atau nama sebenarnya Zamri bin Hussin..LEbih dikenali dengan nama ..Awang...hehe...Beliau bekerja sendiri..seorang yang serbaboleh...tukang rumah,pemotong kayu,penggali kubur,dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang dibuatnya..Dahulu semasa hidupnya..arwah abah aku sangat kamcing dengan awang..xtahu kenapa..he..he..Yang pasti,aku pun skg ni slalu kalau balik cuti pasti akan ke sini..bjumpa kawan2...borak2..

 madrasah Kg Cheh Seberang

Nie pulak..Madrasah atau Balaisah Kg Cheh Seberang..tempat org2 Kg cheh hilir beribadat dan mnjalankan aktiviti2 keagaaman dan sebagainya...Dulu2 Arwah Paklong lah yang selalu jadi imam di sini memandangkan beliau merupakan Guru Alquran di kampung..namun kini setelah ketiadaan Plong..TokChik hj Rashid pula yang mengambil alih...kebiasaanya madrasah ini dikunjungi ramai pada ketika Bulan Ramadan,ada majlis2 agama,dan juga sembahyang Hari Raya...Aku juga dulu sekali sekala pernah bersembahyang disini ketika kecil..ada kelas mengaji alquran di sebelah petang...

Rumah Arwah PakNgah Seng.

Nie pulak..sebelah rumah Awang tadi..Rumah Arwah Pakngah Seng  Atau nama sebenarnya Husin bin Omar..Ketika hayatnya.arwah PakNgah seorang bilal di Madrasah Kg Cheh dan juga seorang Tukang Masak ketika majlis kenduri di kampung. Kini rumah ini didiami oleh MakNgah Siah sahaja memandangkan anak2nya semua sudah berkeluarga sendiri
Ohya..ada sikit kenangan kat rumah nie..dulu masa zaman kanak2..kami selalu bermain di halaman rumah nie sebab luas..main guli,gasing,main tuju tin,polis sentry dan lain2 lagi..hehe

Rumah TokChik Hj Rashid

Rumah TokChik Hj Rashid terletak bersebelahan madrasah...disebelah kanan rumahnya ialah rumah anaknya Mat Deris...dulu2 pun masa zaman kanak2 aku dan kwn2 slalu bermain guli disini dan juga bermain basikal bersama anaknya Mat Jemi..hehe..kini smuanya dah berkeluarga

Rumah MakLang Robah

Rumah maklang robah nie terletak di tepi sungai Cheh..di zaman kanak2 aku dulu ..kami ada jugak sekali skala mandi di sungai blakang umah maklang nie...aklang Robah dulu berniaga kedai makan jugak dengan arwah suaminya Arwah Plang CheLah...aku masih ingat wajah arwah Plang...kini hanya maklang sahaja tggal di sini bsama anak cucunya...

Rumah MakTam Piah

Ini pulak rumah mak saudara sebelah arwah abah aku...arwah suaminya dulu PakTam Chin adalah sepupu...DAhulunya hanya sebuah rumah sahaja di sini iaitu Rumah Arwah TokLong atau lebih dikenali dengan Pan Saba...Namun setelah kematian Pan saba..rumah pusaka tersebut telah dipecahkan kepada 2bahagian...Bahagian depan didiami oleh Pakjang Id dan keluarganya manakala Maktam Piah mendiami bahagian belakang rumah tersebut. Dahulunya kawasan halaman rumah ini agak luas..menjadi tempat permainan aku dan kawan2...lepas bermain..terus kami beramai2 akan terjun ke sungai di seberang jalan rumah ini...mmg best...


Rumah Pakjang ID


Yang nie..rumah Pjang id...sebelah rumah Mtam Piah tadi...asalnya ini adalah bahagian depan rumah TokLong Saba yang telah diubah suai...halaman rumah ini yang dahulunya menjadi tempat aku dan kawan2 bermain juga kini dah bertukar menjadi Kedai Tomyam..huhu..terlalu cepat masa merubah segalanya...
Kedai Tomyam@Siam..Kedey Abe


Ini adalah pemandangan dari jalan keluar Kg Cheh Seberang ke jalan besar..Dahulunya kalau xsalah aku ada pokok kelapa dan pokok rambutan kat sini.Lori kepala merah tu lori PokDeng...hehe...dulu2 ada Markas PAs kt situ..aku slalu gi smbhyg terawih kat situ..la ni dah xdak..mungkin nak dibuat baru kot..Bus Stop ni pun banyak kenangan buat aku..masa zaman skolah dulu..sini lah tempat kami lepak2 kalau hari cuti...hehee

Rumah Arwah Tok Guru Hj Mahmud

Ini pula adalah rumah Arwah Tok Guru...ArwahTok Guru adalah seorang yang alim dan disegani dikampung ini ketika hayatnya..Arwah banyak menghabiskan masanya mengajar Agama kepada penduduk kampung dan juga pnduduk sekitar kg ini...Tak banyak yang aku tahu tentang arwah..kerana aku hanya sempat berjumpa dengan arwah sewaktu aku masih di alam persekolahan...Tapi yang aku ingat,memang dulu2 setiap hari Isnin..kawasan rumah ini dipenuhi dengan kereta2 org yang datang belajar denganArwah tok Guru...Kini Rumah ini didiami oleh isterinya Tok Chik Chik




Last skali...Inilah rumah aku...hehe rumah peninggalan arwah abah utk kami sekeluarga...walaupun kecik dan xseberapa...di sinilah aku membesar dan banyak kenangan pahit dan manis dalam hidup aku di sini....dulu rumah nie meriah skali dengan tawa hilai kanak2 dan penghuninya...Namun kini..masing2 dah berkeluarga...jadi tinggallah mak dan adikku yang bongsu saja menghuni rumah nie...aku jugak..sering balik melawat mak jika cuti skolah...
Bersambung...................

Sabtu, 5 Mac 2011

Zaman Kanak-kanak

Umah aku la nie...tmpt aku dibesarkan
SK sultan Abdullah..tmpt arwah abah kja


Pastinya kita akan teringat kembali zaman kanak-kanak dan juga zaman persekolah kita dahulu...Bahkan kini walaupun sudah bergelar seorang guru..Namun apabila melihat ragam anak-anak murid di sekolah aku..Membuatkan aku teringat kembali zaman kanak-kanakku yang penuh dengan warna-warna indah bak pelangi.Biarpun membesar di dalam keluarga miskin dan tidak mampu,namun itu tidak membantukan perkembangan ku seperti rakan-rakan yang lain.Arwah abah ku ketika itu..seorang Pekerja Am@Tukang Kebun sekolah SK Sultan Abdullah.Namun demikian beliau tidak menyekolahkan aku di sini...sebaliknya menghantar aku dan kakak ku,Norzahida ke sekolah bandar..Aku memulakan persekolahan ku di SRK King Edward V11 1..manakalah Kakak ku di Sekolah SRK Convent Kota....hanya kami berdua yang dihantar bersekolah di Taiping manakala kakak2 ku yang lain bersekolah di SM TEngku MEnteri..Mungkin arwah abah ku mmpunyai alasan beliau yang tersendiri untuk itu..


SRK King Edward VII 1..Tempat aku mdpt pdidikan awal
Empang..tempat kami mandi measa kecik2...hehe




Zaman persekolahan ku sama seperti kanak2 yang lain...riang,gembira dan aku seronok kerana dapat bercampur dengan rakan-rakan "bandar"ku yang terdiri dari pelbagai bangsa..melayu,cina ,india dan benggali...Namun demikian,aku tetap tidak lupa pada kawan2 dikampung ..sebaik balik sahaja dari sekolah ..aku terus bersama2 kawan2 kampungku...kami akan bersama2 mandi di sungai,bermain guli,bermain basikal..aku masih ingat lagi ketika aku di darjah 2..arwah abah membelikan aku basikal "CHIP 16" dengan wang tabungku dan ditambah dengan wang arwah....ketika itu di tv siri Polis CHIPS begitu popular..meskipun di rumah kami tiada tv..aku masih ingat...
Dulu2 Tapak Kedai Siam ni ialah halaman rumah TokLong Saba atau Pan Saba..tempat kami bmain guli...


Pada malam hari..aku dan adik aku ayu..akan pergi mengaji Al-Quran di rumah Arwah PakNgah Pa..yang juga Bapak Saudara aku...Arwah sangat pandai mengaji dan sedap suara nya..mana taknya..di zaman muda arwah..beliau adalah Pengacara dan juga Ahli Kugiran bersama arwah Abah..hehehe
Antara yang paling meriah sewaktu di kampung ketika itu ialah bila tibanya musim durian,bulan puasa dan juga hariraya....Pada musim durian,kampung aku seolah2 berpesta,dengan pelbagai gerai dan orang2 luar datang berjual beli di tepi jalan besar..xubah seperti keadaan di Bukit Bunga Kelantan ketika ini..hehe...dan ketika ini lah org2 kampung akan "shopping"sakan oleh kerana masing2 mendapat hasil lumayan daripada jualan durian...aku hanya mampu melihat sahaja ketika itu..kerana arwah abah tidak mempunyai dusun atau kebun..kecuali lah ada org mengupah abah menjaga kebun diorg..dapatlah aku mengikut abah pergi menebas dikebun jagaannya dan mengutip durian2 yang gugur...ketika itu abah baru membeli sebuah motosikal Honda 70 bernombor plat AAB849..hehehe...aku sangat seronok dapat naik motor tu...seingat aku..ketika usia ku 11 tahun baru lah aku mendapat "lesen"utk menunggang motosikal tersebut.....
tahun 1986....arwah Tok Che Yah(mak Abah) meninggal..masa tu aku darjah 6...ingat lagi..selepas Tok mninggal..kami skluarga berpindah sementara ke rumah tok..kerana xnak biar rumah tu kosong...ntah brapa lama kami kat situ aku xingat...tapi yang best nya masa tgal kat umah tok tu...setiap pagi nak kesekolah..aku kena mandi parit..parit di depan Umah Plang Choh ...huhh sejuk teramat air parit tu...2-3kali selam dah cukup utk menyegarkan badan......
itu lah..sebahagian zaman kanak2 yg sempat ku coretkan kali nie....Bersambung lagi....hehe