Catatan Popular

Sabtu, 5 Mac 2011

Zaman Kanak-kanak

Umah aku la nie...tmpt aku dibesarkan
SK sultan Abdullah..tmpt arwah abah kja


Pastinya kita akan teringat kembali zaman kanak-kanak dan juga zaman persekolah kita dahulu...Bahkan kini walaupun sudah bergelar seorang guru..Namun apabila melihat ragam anak-anak murid di sekolah aku..Membuatkan aku teringat kembali zaman kanak-kanakku yang penuh dengan warna-warna indah bak pelangi.Biarpun membesar di dalam keluarga miskin dan tidak mampu,namun itu tidak membantukan perkembangan ku seperti rakan-rakan yang lain.Arwah abah ku ketika itu..seorang Pekerja Am@Tukang Kebun sekolah SK Sultan Abdullah.Namun demikian beliau tidak menyekolahkan aku di sini...sebaliknya menghantar aku dan kakak ku,Norzahida ke sekolah bandar..Aku memulakan persekolahan ku di SRK King Edward V11 1..manakalah Kakak ku di Sekolah SRK Convent Kota....hanya kami berdua yang dihantar bersekolah di Taiping manakala kakak2 ku yang lain bersekolah di SM TEngku MEnteri..Mungkin arwah abah ku mmpunyai alasan beliau yang tersendiri untuk itu..


SRK King Edward VII 1..Tempat aku mdpt pdidikan awal
Empang..tempat kami mandi measa kecik2...hehe




Zaman persekolahan ku sama seperti kanak2 yang lain...riang,gembira dan aku seronok kerana dapat bercampur dengan rakan-rakan "bandar"ku yang terdiri dari pelbagai bangsa..melayu,cina ,india dan benggali...Namun demikian,aku tetap tidak lupa pada kawan2 dikampung ..sebaik balik sahaja dari sekolah ..aku terus bersama2 kawan2 kampungku...kami akan bersama2 mandi di sungai,bermain guli,bermain basikal..aku masih ingat lagi ketika aku di darjah 2..arwah abah membelikan aku basikal "CHIP 16" dengan wang tabungku dan ditambah dengan wang arwah....ketika itu di tv siri Polis CHIPS begitu popular..meskipun di rumah kami tiada tv..aku masih ingat...
Dulu2 Tapak Kedai Siam ni ialah halaman rumah TokLong Saba atau Pan Saba..tempat kami bmain guli...


Pada malam hari..aku dan adik aku ayu..akan pergi mengaji Al-Quran di rumah Arwah PakNgah Pa..yang juga Bapak Saudara aku...Arwah sangat pandai mengaji dan sedap suara nya..mana taknya..di zaman muda arwah..beliau adalah Pengacara dan juga Ahli Kugiran bersama arwah Abah..hehehe
Antara yang paling meriah sewaktu di kampung ketika itu ialah bila tibanya musim durian,bulan puasa dan juga hariraya....Pada musim durian,kampung aku seolah2 berpesta,dengan pelbagai gerai dan orang2 luar datang berjual beli di tepi jalan besar..xubah seperti keadaan di Bukit Bunga Kelantan ketika ini..hehe...dan ketika ini lah org2 kampung akan "shopping"sakan oleh kerana masing2 mendapat hasil lumayan daripada jualan durian...aku hanya mampu melihat sahaja ketika itu..kerana arwah abah tidak mempunyai dusun atau kebun..kecuali lah ada org mengupah abah menjaga kebun diorg..dapatlah aku mengikut abah pergi menebas dikebun jagaannya dan mengutip durian2 yang gugur...ketika itu abah baru membeli sebuah motosikal Honda 70 bernombor plat AAB849..hehehe...aku sangat seronok dapat naik motor tu...seingat aku..ketika usia ku 11 tahun baru lah aku mendapat "lesen"utk menunggang motosikal tersebut.....
tahun 1986....arwah Tok Che Yah(mak Abah) meninggal..masa tu aku darjah 6...ingat lagi..selepas Tok mninggal..kami skluarga berpindah sementara ke rumah tok..kerana xnak biar rumah tu kosong...ntah brapa lama kami kat situ aku xingat...tapi yang best nya masa tgal kat umah tok tu...setiap pagi nak kesekolah..aku kena mandi parit..parit di depan Umah Plang Choh ...huhh sejuk teramat air parit tu...2-3kali selam dah cukup utk menyegarkan badan......
itu lah..sebahagian zaman kanak2 yg sempat ku coretkan kali nie....Bersambung lagi....hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan