Catatan Popular

Khamis, 3 Mac 2011

JOURNEY TO KG CHEH...

pemandangan Kg Cheh yg blatarbelakangkan Gunung Bubu..


Assalam buat rakan2 blogger sekelian...
SignBoard KgCheh..dekat kedai siam
Tujuan aku create Blog nie sebenarnya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang....Dengan segala kemudahan yang ada kini,rasanya aku juga tak mahu ketinggalan di dalam arus kemodenan biar pun masih tinggal di dalam hutan di Pedalaman Sarawak ini. Di samping dapat mencoretkan sesuatu,diharapkan dengan adanya blog ini,dapatlah berkongsi pandangan serta pengalaman dengan rakan-rakan terutamanya rakan-rakan sekampung....
Rumah tempat tinggal aku di SK Nanga Temalat,Song,Sarawak
Seronok sebenarnya merantau tempat org nie..tambah2 pulak tempat2 pedalaman mcm yg aku tgal sekarang nie...mmg jiwa kampung aku sebati dengan suasana dan pesekitaran yang sebegini..jauh dari kebisingan..jauh dari bunyi bising..Segala2nya aman,damai dan tenang di sini...setenang air sungai rejang yang mengalir...Cuma ,berjauhan dengan keluarga sajalah satu2 nya yang agak menyedihkan..Namun itu juga bukan lagi satu masalah lagi skg sbb tiap2 bulan aku boleh balik dgn Airasia..hehehe...Yalah...mmg skg nie sejak tahun 2011 ni aku kerap balik ke kg...wang bukan lagi penghalang buat ku...kerana bagi aku ..Keluarga lebih penting dari segala2 ya...tambah2 bila terbayangkan wajah Faris..sikecil yang slalu aku tgalkan bsama mamanya di Ipoh sana...hatiku sayu n sebak bila teringatkan dia..huhu
Anak kesayangan Abah n Mama...Faris Amir Rusyaidi Mohd Fazli
Bila tengok gambar2 faris yang penuh aku tampal kat dinding rumah nie..rasa terubat rindu di hati..kat mama dia pun rindu jugak...hehe...tu lah...cabaran n pengorbanan seorang abah n guru di pedalaman nie.....


OK lah...berbalik pada tajuk asal tadi..sebenarnya...aku ingin berkongsi keunikan kampung kelahiran aku ..Kg Cheh...terletak di dalam parlimen Bukit Gantang




Perjalanan ke Kg Cheh (kg aku) tidaklah susah...hanya sejam perjalanan jika menggunakan Lebuhraya Utara Selatan...Kadar tol hanya Rm3.50 jika keluar di susur Kuala Kangsar..biasanya inilah laluan yang aku gunakan sewaktu aku bekerja di Makro Ipog dahulu..selama 7tahun aku berulang alik dari Kg Cheh ke Ipoh menggunakan laluan ini...




Kalau korang dari KL atau mana2 ke..boleh berenti rehat kat dataran sungai Perak ni dulu sebelum susur keluar Kuala Kangsar...Boleh isi minyak kat Petronas atau nak buang air kecil ke...solat ke...makan2 dulu ke...hehe




Bila dah exit di Kuala Kangsar Plaza Tol...korang akan jumpak satu flyover...ikut arah menghala ke Taiping,iaitu kiri.....Kalau terus..nak pegi Lenggong,Jenalik,Kati,Grik,Klantan,Pkalan Hulu....Kalau kanan...ke Bandar Di raja Kuala Kangsar dan ke Ipoh ikut jalan lama Sg Siput...









Gunung Pondok

Perjalanan dari Plaza Tol KKangsar ke Kg Cheh mengambil masa lbhkurang 15-20 minit...korang akan melalui Pekan Kecil Padang Rengas sebelum bertemu dengan Gunung ini...Gunung Pondok...di mana di kaki gunung ini lah terletaknya Kilang Simen YTL yang dahulunya milik Perak Hanjoong Cement..








Sebaik sahaja melepasi Kilang Simen tadi..korang akan mendaki pula Bukit Berapit di mana di sini,korang akan dapat lihat,lebuhraya Utara selatan berada selari dengan jalan yang korang lalui.....dan setelah menuruni Bukit Berapit...Ini lah kampung pertama yang korang akan tempuh...Kg Pauh....kalau musim durian,korang akan dapat lihat gerai2 menjual buah durian di kiri dan kanan jalan besar ...






ini pula ialah Masjid Kg Pauh..terletak di sebelah kanan jalan besar...masjid yang agak berusia dan menjadi tempat penduduk Kg Pauh nie menjalani ibadat harian....




Ok..bila dah sampai ke signboard Bukit Gantang nie...maknsanya dah xjauh lah nak sampai kampung aku....lepas signboard nie korang akan jumpa simpang 3 dengan lampu Isyarat.....sila belok ke kiri...hehee







Kg Bukit Cempedak






Lebih kurang 5minit dari persimpangan Bukit gantang tadi ..korang akan sampai di jejambat ini..iaitu jejambat yang merentangi Lebuhraya Utara Selatan,,,di sini letaknya Kg Kubu....dari sini ke Kg Cheh hanya mengambil masa lebihkurang 5minit


 Korang akan berjumpa Bangunan Giat Mara dan Batu Tanda ini disebelah kiri ...Rumah anak yatim di sebalah kanan dan sekolah KAFA juga disebelah kanan...di sini lah letaknya KG CHEH...Kg aku....WELCOME TO KG CHEH..hehehe


Bersambung............

1 ulasan:

  1. Salam Paknjang. Aku rasa la kan, sepena tajuk blog ni "akuorgkampung" maka teramat sesuai kalu mu tulih crita² dalan ni guna basa kapong :)

    BalasPadam