Catatan Popular

Khamis, 5 April 2007

INILAH SEKOLAH KU.....

Dah masuk bulan April rupanya..cepat sungguh masa berlalu....Olehkerana bulan nie aku masih belum buat apa2 catatan..Jadi...aku teruskan dengan cerita2 dan gambar skolah aku di dalam hutan ni utk dikongsikan bersama...hehe
bangunan utama blok kelas...


Ini lah rupa skolah aku dari pandangan hadapan...Sekolah yang serba kekurangan,namun azam serta komitmen guru2 di sini tidak pernah kurang.Sentiasa memberikan yang terbaik meskipun apa jua keadaan....Asalnya pada Tahun 2009 iaitu sewaktu tahun pertama aku disini..bangunan ini hanyalah berdindingkan papan...namun sedikit pengubahsuaian telah dilakukan utk menaiktaraf bangunan sekolah ini daripada papan ke dinding batu. hasilnya seperti yang dapat dilihat...nampak lebih kemas serta kukuh ..dicacatkan sedikit oleh lukisan mural oleh aku dan kawan2...heheheh
Blok kelas Tahun 4,5 dan 6

Kedudukan sekolah ini agak terpencil..di tebing Sungai Rejang...Sungai yang terpanjang di Malaysia...2jam perjalanan menaiki bot ekspress dari bandar Sibu dan 20minit perjalanan menaiki bot dari Pekan Song,sebuah pekan kecil .Alhamdulillah,meskipun demikian line handphone Maxis dan Celcom mendapat liputan di sini.Begitu juga dengan wireless internet.Itulah satu2nya perhubungan dengan dunia luar jika berlaku apa2 kecemasan.
Pemandangan di hadapan sekolah

Bangunan sekolah pada tahun 2009.
Bersama murid2 di asrama
Gurubesar berucap di perhimpunan
Tenaga pengajar SKNT 2009
Bagi aku,aku suka dengan keadaan persekitaran di sini.Sunyi,tenang dan mendamaikan.Sememangnya aku jenis xsuka hidup di bandar .Cuma terpaksa berjauhan dengan anak isteri sajalah satu2nya yang menjadi masalah buat aku skg.namun xmengapa..mungkin buat masa skg ..reseki aku di sini...jadi aku perlu teruskan hidup aku di hutan nie dengan penuh kesabaran serta mnjalankan tugas n tjawab ku seperti biasa sampailah waktu dan ketikanya aku dapat berpindah nanti...Insyaallah
Pemandangan di jeti sekolah.


Beginilah lebih kurang,pemandangan di hadapan sekolah aku...tepian Sg Rejang..laluan utama dari Kapit ke Sibu..dan satu2nya jalan perhubungan kami di sini utk keluar dari hutan ini...satu pengalaman baru yang terindah...yang tak akan dapat di mana2....
Di sini,murid2 tinggal di asrama manakalan semua guru2 dan staff pula tinggal di kuaters yang disediakan pihak sekolah...Murid2 di asrama dijaga oleh Pembantu Pengurusan Murid(PPM) dan juga waden.Masalah disiplin jarang timbul di sini kerana murid2 sangat hormat  kepada guru dan mendengar kata..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan