Catatan Popular

Selasa, 12 April 2011

Keindahan Bukit Fraser

Pada bulan Disember 2010 yang lalu...aku bersama isteri dan anak ku telah mengujungi Bukit Fraser buat kali kedua.Ini adalah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2.Walaupun pada awalnya kami bercadang utk ke tempat lain,namun akhirnya Bukit Fraser jugak yang menjadi destinasi pilihan kami .


maka,pada tanggal 12Disember (ahad) kami bertiga pun memulakan perjalanan selama 3jam menuju Fraser Hill melalui Jalan Ipoh-KL (jalan lama) .Ini kerana aku lebih prefer ikut jalan lama nie sebab xbanyak kereta...oleh kerana kami bertolak dari Ipoh awal pagi...lebihkurang jam 9...aku berhenti sebentar di Hentian rehat Temoh( pekan kecil selepas Kampar) utk bersarapan pagi....




faris pun..baru bangun dari tdo..biasalah dia dan mamanya...asal kereta bergerak je sure tdo...hehe
Setelah menikmati sarapan pagi ala kadar...kami pun meneruskan perjalanan ....


Faris dan mama nampak mengantuk lagi...mungkin sebab perjalanan agak lama....Kami berhenti makan di Tg Malim..sebelum meneruskan pjalanan menuju ke Bukit Fraser...


Lebih kurang jam 2ptg..kami tiba di pintu pagar masuk ke Bukit Fraser..Ianya merupakan laluan sehala yang jaraknya lebihkurang 8km menuju puncak Bukit Fraser.Olehkerana laluan sehala,maka kami perlu menunggu sehingga jam 3ptg utk giliran kami menggunakan laluan tersebut...Waktu ini digunakan utk makan,solat serta mengambil gambar selain beramah mesra dengan pengujung2 lain...
Di simpang utama laluan masuk ke Bukit Fraser..jalan ini juga boleh dilalui utk ke Kuala Lipis,Pahang. namun keadaan jalan yang agak sempit serta berbengkang bengkok di samping ketiadaan lampu jalan menyebabkannya agak merbahaya terutamanya untuk dilalui pada waktu malam.


faris mcm biasa...tegur semua org..dan ni antara pakcik2 yang berkenan dgn dia..Uncle Amri dari Tg Malim...mjur la Uncle amri ni sprting habis...apa lagi Faris pun spt biasa lah menumpang kasih dengan bapa angkat baru nya nie...Pakcik amri ni pulak fotographer...apa lagi...melaram sakan la faris..hehe
Banyak aksi2 Faris sempat dirakamkan sementara menanti pintu gate ke Bukit Fraser ni dibuka...hehe...Yang pasti..terpancar keriangan di riak wajahnya apabila dapat bersama abah dan mamanya...Kalau slalu,asyik mama je yang ada...abah jauh....


Faris memang enjoy bersama uncle2 dan untie yang baru dikenalinya hari ini...aku pulak sambil dok tggu pintu gate nie bukak..sempat gak berkenalan ngan Uncle2 baru faris nie..hehe




Tgu punya tgu akhirnya ..jam 3ptg...barulah kami dapat naik ke Bukit Fraser setelah sejam puas bergambar,,,heee


Kedinginan mula terasa apabila tiba dipuncak Bukit Fraser...Kami terus menuju ke Apartment TM yang menjadi rumah sementara kami selama kami di Bukit Fraser nie...keindahan dapat dilihat sebaik sahaja jendela tingkap apartment dibuka..Subhanallah...sebab tu aku suka datang ke mari...utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.
Setibanya kami di kawasan pekan kecil Bukit Fraser...dapat dilihat deretan kenderaan yang ada..biasalah time cuti sekolah ...


Setelah selesai check in,kami turun semula ke pekan Bukit Fraser..utk meninjau2 sambil beriadah...namun keadaan agak sesak mnyebabkan kami hanya menghabiskan masa utk bergambar....hehe




Salah satu monumen atau mercu tanda di pekan Bukit Fraser ini ialah ditengah2 roundabout ini..iaitu terdapat menara jam kecil ...cukupsimbolik..


Beginilah keadaan di tengah2 pekan kecil Bukit Fraser ini...walaupun hari semakin petang..namun masih ramai orang yang berjalan serta bersantai di sini menikmati kesejukan serta keindahan taman di atas puncak bukit ini.




setelah lebih kurang sejam di sini..kami pun bergerak naik ke apartment semula..memandangkan hari semakin gelap dan kami juga agak keletihan...


Ini lah dia TM Apartment...tempat tinggal sementara kami...ini merupakan kali ke2 kami menginap di sini...Tempatnya sungguh selesa serta harganya yang amat berpatutan..sesuai utk keluarga besar kerana apartment ini seperti sebuah banglo besar yang mempunyai banyak bilik di dalamnya..


Mama n faris berposing kat pintu pagar TM Apartment

Mama ngan faris kat depan pintu masuk TM Apartment...masa kami tgal disini...apartment ini agak penuh dengan tetamu....


Di antara pemandangan2 menarik di Bukit Fraser ini ialah pemandangan dari jendela tingkap apartment  TM ini...memang sungguh indah...Bila waktu malam pula ..kedengaran suara angin yang bertiup....cukup mendamaikan...

Aku suka lepak kat beranda di belakang bilik sbb dari situ aku dapat menikmati keindahan gunung ganang serta bukit bukau yang menghijau...terasa seolah xmau balik..kalau boleh..nak je aku menetap di Bukit Fraser ni ....


setelah penat berjalan dan bermain..inilah reaksi faris kat bilik...letih dah anak aku rupanya...hahahaha


Akhirnya setelah 2hari 2malam di Bukit Fraser...dengan segala kenanngan manis dan terindah..kami 3 beranak pun turun smula menuju ke Ipoh...pastinya kami akan datang ke sini lagi jika diizinkan Allah s.w.t...Insyaallah...

Dalam perjalanan pulang...aku sempat juga merakamkan beberapa gambar pemandangan menarik utk dikongsikan bersama:-...sama2 lah kita hayati dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t....

Aku xingat nama empangan nie...tapi sebaik sahaja turun dari Bukit Fraser..inilah pemandangan sebuah empangan yang akan anda lihat di kanan jalan anda...sungguh indah....


Setelah turun dari Bukit Fraser...kami singgah makan sebentar di Tg Malim...aku lupa apa nama kedai nie..tapi antara Restoran paling top la kat Tg Malim ni..lokasinya betul2 berhadapan dgn UPSI...tempat makan geng2 bakal cgu lah rasanya sebab dah 2kali kami ke sini..mmg penuh dgn student je nampaknya....Makanan2 kat sini mmg variety...aku pilih restoran ni sebab Nasi Campur dia ada pelbagai jenis masakan kampung dan ulam2an...Memang memenuhi citarasa...harga pun berpatutan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan