Catatan Popular

Jumaat, 15 April 2011

Faris Amir Rusyaidi- Buah hati abah dan mama........


Benar lah kata orang...kehadiran anak dalam kehidupan berumahtangga sememangnya merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai...Begitu lah yang dapat aku rasa kan setelah mendirikan rumah tangga...Kehadiran orang baru sememangnya ditunggu-tunggu agar dapat membahagiakan lagi ikatan suami isteri yang telah pun terjalin.

Tanggal 19 September 2009 iaitu ketika umat islam di Malaysia sedang sibuk merayakan Hari Raya Aidil fitri...lahirlah putera dalam keluarga kami pada jam 2pagi di Hospital Besar Ipoh....Pada waktu ini aku berseorangan menunggu di ruang menunggu Hosp.Ipoh sambil bertakbir raya...

Ini lah dia wajah putera aku..Faris Amir Rusyaidi ketika baru lahir...aku dan isteri telah pun bersetuju menamakan putera sulung kami ini Faris Amir Rusyaidi setelah melihat maksud nama tersebut....

Amir bermaksud: Ketua,pemerintah,pemerintah,penguasa,pemimpin,makmur
Faris bermaksud pahlawan berkuda
Rusyaidi bermaksud: Yang cerdik

Sebaik saja diazankan...Faris terus bersama mamanya di hospital..manakala aku pula balik utk menunaikan solat sunat AidilFitri di kg...Hari ni merupakan hari yang paling bahagia aku rasa..Syukur Alhamdulillah..segalanya selamat....

    







Sebaik saja diazankan...Faris terus bersama mamanya di hospital..manakala aku pula balik utk menunaikan solat sunat AidilFitri di kg...Hari nii merupakan hari yang paling bahagia aku rasa..Syukur Alhamdulillah..segalanya selamat....


Aku sempat beraya sebentar di kampung..tghari nya aku kembali ke Hopital Ipoh utk melihat anak dan isteri...faris dibenarkan pulang pada sebelah ptgnya setelah segalanya ok...






Akhirnya ,setelah bersama Faris selama 4 hari...aku dengan berat hati terpaksa pulang ke Sarawak kerana cuti ku telah habis...sebak rasanya nak meninggalkan anak yang masih merah..tapi apakan daya ..dah rezeki aku nun jauh di sana...terpaksa lah jugak dengan berat hatinya aku melangkah pergi meninggalkan anak yang masih belum mengerti apa2 dan isteri yang masih berpantang....semoga semuanya selamat lah hendaknya...Ya allah..kau berikanlah kekuatan kpd ku utk menghadapi semua ini dan Kau pelihara lah anak dan isteri ku sepanjang ketiaadaan ku di sisi mereka...AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan